 | ..::HamBe ALLAH::.. | Mar 14, 2007 |
..AsSaLaMuALaiKuM.. ..UkHuWaH FisaBiLILLaH.. ..WaSaLaM.. 1. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.
2. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan. 3. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
4. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.
5. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.
6. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati kelluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
7. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
8. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara- perkara yang tidak sihat dan mungkar.
9. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat. 10. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih saying yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
11. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
12. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjadukan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki. 13. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'.
14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasamemohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.
15. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
16. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
17. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
18. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
19. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.
20. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.
21. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.
22. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang bijak menguiruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir. SENJATA WANITA
Jika engkau tanya padaku Apakah senjata wanita yang paling bahaya? Pasti ku katakan MATA
Kenapa matanya?
Kerana kerlingannya Membuai perasaan
Kerana lirikannya Terlalu mengasyikkan
Kerana renungannya Sungguh melalaikan
Apatah lagi air matanya Ahhhh usah dikatakan!
Ketahuilah wanita,
Jika engkau solehah Engkaulah sebaik-baik perhiasan dunia
Oleh itu tundukkan lah pandanganmu itu! Terutama pandangan yang ada maksud tersirat Pandangan yang cukup menjerat Membawa ke lembah maksiat
Apa adakah lagi yang bahaya selain matanya?
Ada!
Apa dia?
MULUT
Kenapa mulutnya?
Kerana kuntuman senyumannya Menggegarkan iman
Kemerduan suara darinya Melemahkan fikiran
Ketawa manja darinya Terlalu menghiburkan
Pujuk rayu darinya Sungguh mencairkan
Belum lagi umpatan darinya Habis pahala bertaburan!
Oleh itu wahai wanita Jika benar syurga itu impianmu Peliharalah mulutmu itu! Berhentikanlah umpatanmu itu! Sucikanlah perkataanmu Perbanyakkanlah zikirmu
Sesungguhnya Itulah yang lebih baik buatmu. Diriku, Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulatNya, Merasa terpikul amanah ad-Deen ini.. Diriku… Seringkah kau mencari jalan Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..? Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyukmu kurang Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya Terlalu banyak kurang dan salahmu.. Diriku.. Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini Diriku… Pada nawafil dan amalan sunat Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu Pada qiamullail di keheningan malam Bersama bisikan doa dan munajatmu Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie Diriku.. Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat Ada ketenangan dan kekuatan Diriku.. Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan kudrat dan iradatNya PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
Siapa kita ???? Assalamualaikum wbt Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya. Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku. Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku. Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhan ku Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku. Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siap aku di depan Tuhan ku. kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong Tanpa di isi dengan amalan hari esok. jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan, Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’. Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya... RENUNGKANLAH... SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU??? Kisah Benar Rabu, 14 March 2007 05:51:05 PM Berita dan Peristiwa Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik?? Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya? Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana? Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita .. Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami... Annisa: apakah hakikat tudung ? Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.. Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah ... Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam... Pernah seketika dulu saya rase saya xberguna.. Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke.. Saya nk join org diorg kata saya nyibuk.. Ade gk yg kate saya kuat emo.. Sket2 nk mrh.. Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat slh.. Pstu saya cube wat lwk konon nk tarik perhatian org len saya pg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya espcially dak2 pmpuan.. Dak2 laki sume kate saya mencapap.. tapi saya xkesah.. asalkan ade yg terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Mmg lumrah manusia.. Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita Cmtulah yg saya rasa.. Saya tgk kwn2 dh ade yg couple.. kt dorm sms2 awek smpi pg.. ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10 rggit.. Saya mule fikir.. Adakah aku perlu BERCINTA? Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4 itu.. saya pn mule mnanam tekad utk bercouple.. dn mse tu la saya knl awk.. saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm idup saya.. Mula2 awk jual mhl.. tapi saya xkesah..nk bli gk.. huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah BERCINTA.. Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat Ape org minang kate..ALL OUT lah.. huhu~~ Saya salu call awk,awk pn salu call saya.. gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1 mlm.. Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu.. Xtrase pn kehilangannye.. Mse bercinta mmg indah.. Sumenye indah.. Sket2 guro2 n glak2 Kalo merajuk men pujuk2.. Kalo birthday men wish2.. Utk diri ni,trasa amat bhagia.. Sbb mse tu la trase diri ni dihargai.. Saya prnh pikir.. Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n kata saya mcm2.. Aslkan awk memahami saya.. Satu hr saya dgr ceramah.. Alhamdulillah.. Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat dosa n saya kna brubah.. Hidup saya msti selari ngn islam.. Saya kne jadi baik.. Sbb mmg tu fitrah manusia.. Ignkn kebaikan.. sume org nk msuk syurga kn? Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid.. Rapatkan diri ngn Al-Quran.. Salu smyg jemaah.. Salu dgr tazkirah.. Saya xnk jd baik sorg2.. so saya ajak awk skali.. Saya ajk awk bce quran.. saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling) saya ajk awk bg2 tazkirah.. Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya.. Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple. Saya kate,kite bkn wat salah.. bercinta kerana Allah.. Kite couple x mcm org len.. Org len couple jiwang2 je.. ade yg siap wat mksiat lg.. pgg2 tgn n so on.. Tapi kita couple baik2.. Jge batas2 sayaaro'.. xnk gune ayat jiwang2 jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat.. Dan awk trima perubahan saya tu.. Saya pn byk nasihat awk.. Awk pn trima.. Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu awk xdpt nk adapt.. tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai.. Saya salu doa supeya kita akn kekal smpi ke gerbang perkahwinan.. Dlm proses prubahan saya, Saya mula sedar Dakwah itu wajib.. Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran. Kalo x.. kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2.. adek2.. Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap.. Saya xleh thn bile tgk org wat slh/dose.. Saya msti nk tgo. Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb saya nk jd org kuat iman.. pe lg..tgo je la direct
..huhu~~
Pstu satu mse.. saya trbace psl couple.. "COUPLE HARAM" Saya xcye.. tapi bile bce detail2 yg die bg.. cm btul lak.. huhu~~ tapi biase la kan.. kalo kite suke satu mnde tu.. kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn pndpt kita.. Saya pn wt tatau psl mnde tu.. N truskn je hubungan kite.. kite x buat mksiat.. Kita x jln2 pgg tgn.. X jiwang2.. Juz saling ambil berat.. Tnye kaba.. Borak2.. Siap bg tzkirah2 lg.. Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn? huhu~~ Xkesahlah.. Mse trus berlalu... Mse ni dh nk dkt Trial SPM.. lg 3mggu kot trial.. ntah..lupe la.. xctat dlm diary.. sbb saya xde diari pon.. huhu.. Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn.. Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg.. Ade yg respek.. ade yg prospek..(pndg slack) Kdg2 bile tgur.. saya kne marah balik.. mcm2 la ade kate tgur x berhikmah.. ade yg kate saya poyo je.. Tapi xpe.. saya ade tmpt ngadu.. huhu~~ Suatu masa.. ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg diri.. saya trtjmpe ayat ni.. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pn trfikir.. "Slama ni aku dok tgo org je. Tapi aku sndri msih byk kekurangan, Cpt mrh, suka buang mse, ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan.. cmne yek?" Pstu trjmpe lak ayat ni.. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42) Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn.. "Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org konon.."
Berfikir sejenak.. Sbnanye brcouple ni leh ke x? Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh? Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah tau saya slalu contact prmpuan? Dan terkadang rasa serbe salah? Mcm2 yg saya fikir..
Dipendekkan crita lg skali.. saya ke penang utk mngikuti satu seminar dkwh.. Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya mngenai dakwah akn lbih mntapi.. Sblum g sminar tu.. saya stil sms2 lg ngn awk.. tnye khbr.. smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran arini.. dlm pikiran saya.. "Ni kira dkwh gk ni..saling ingat-mngingati.." ****** Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta'aruf, kul 10 sume org dh bebas nk wat pape.. Lgpn ktorg pnt.. xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm.. pihak penganjur pn phm.. Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh ngn fasilitator yg ade kt situ.. Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt die psl couple. Tapi saya tragak2.. "kalo betulla couple tu salah..abistu,nk wat cmne? Aku kne clash ke? Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la. Kalo xwat salah nk watapie tkut.." Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu.. Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran die sorg2.. "Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?"
"Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat kwn biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla.." "Bercinta ke?"
Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg ape lk brother tu kate..msti die pndg slack nnt. Saya angguk je la. Pstu saya tnye.. "Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?" "Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan trtarik kpd perempuan, bgitu juga perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi dlm islam, perasaan tu prlu ada batasnya. Pergaulan prlu dijga.
Krn Allah b'firman dlm surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina. Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya upaya mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2 bg, harini saya, esok die. Kn ke baik tu?" Saya xnk mengalah. "Mmg betul niat nta baik. Tapi igt, niat xpernah mnghalalkan cara. Yg batil ttapi batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat ni."
Smbil brother tu bkk quran die, dan tnjuk kt saya ayat ni:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah buat nta pndg indah mnde buruk yg nta lakukan. Walopun nta brpandangan tajam,mksdunye nta berilmu tinggi. Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt, setan licik. Dia akn sdaya upaya buat nta trjerumus ke dlm kemaksiatan.." Saya pn ckpla.. "Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2 mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?"
"Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk call die selalu, nta dpt elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih ada zina yg ttapi nta xdpt elak bila bercouple.." "Zina hati?" Saya mncelah. "Betul, zina hati. Semua ni la yg Rasulullah jelaskan dlm hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mngingati, mmbayangi si die. Hakikatnye, cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari drpd zina hati." Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2. Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg salahnya. Pstu die smbung.. "Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd nta. Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred. Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta." "Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die kata. Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya. Dan die sndri lak, saya takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2" Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu tol. Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni. Ntah pape. Seb baik xde org len tgk mse tu. Brother tu jwb.. "Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk watpe? Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta. Nta x kurang sket pn. Lg pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2 skali pn, yg pnting redha Allah. Kalo Allah xredha, sumenye dh xbrmkne lg." Saya trdiam lg. "Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple. Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat. Semua org akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri." Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya nangis, saya dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh jelas skg, Couple tu haram. "Jd cmne nk wat bang?" "Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana trgkn die hubungan yg dibina tu salah. Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka no. Die xcontact ana lgsung dh pstu." "Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke? Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain, leh lk saya cntct diorg?" "Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade 'sejarah' ngn dia. Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn dia, satu kuliah, pstu kne lk wt group discussion, mse tu nta hnye lyn die juz sbg group discussion partner." Ttbe saya trfikir.. "Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke? Skg gk? Xknla awl sgt?" Saya ckp.. "Saya rasa saya lom ade kekuatan la bang. Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya tgglkn mnde ni?"
Saya bajet nk lari la. Skali die jwb.. "Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh ditunggu, tapi ia prlu dibina. Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn." Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya rase cm brother ni pkse saya clash mse tu gk.
"Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya kne tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye nk tkn button tepon ni. Rse xsggup." "Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan." "Eh, xpe la bang. Biar saya taip sndri."
Tragak2 saya nk taip mse tu. Tapi saya gagahkn gk diri..
|
|